Translate this Article...
Fungsi Alat Pemadam Api (APA) Jenis Air (Water) :
� Berfungsi memadamkan kebakaran jenis kelas A iaitu kebakaran dari bahan pepejal dan benda kering yang mudah terbakar.
� Alat pemadam api jenis air ini digunakan hanya untuk jenis kebakaran kelas A sahaja.
� Alat pemadam api yang berisi air biasanya tabungnya berwarna perak ini membantu memadam kebakaran kecil yang berpunca daripada bahan pepejal dan benda kering yang mudah terbakar seperti kayu, kain, selimut, tilam, dan lain-lain.
� Biasanya digunakan ketika kecemasan untuk mengelakkan api semakin besar dan marak dengan cepat.
� Alat pemadam api ini digunakan untuk membantu memadamkan kebakaran disaat kecemasan sebelum ketibaan pihak anggota penyelamat bomba jika api marak dengan cepat, bertambah besar, dan merebak ke tempat lain.
� Amat berbahaya digunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada peralatan elektrik kerana ia merupakan konduktor elektrik yang sangat baik.
Cara penggunaan Alat Pemadam Api (APA) Jenis Air (Water) :
Pilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang �liver� dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.
Praktikkan penggunaan kaedah PASS:
P | Pull (Tarik/cabut pin keselamtan) |
A | Aim (Arahkan nozel ke arah punca api) |
S | Squeeze (Tekan pemegang �lever�dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar) |
S | Sweep (Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman) |
Gambarajah Alat Pemadam Api (APA) Jenis Air