Translate this Article...
Fungsi Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Karbon Dioksida (Carbon Dioksida) :
� Alat pemadam ini dapat memadamkan kebakaran jenis kelas B dan C iaitu kebakaran dari bahan cecair yang mudah terbakar dan gas.
� Membantu memadam kebakaran kecil yang berpunca daripada bahan cecair yang mudah terbakar dan gas seperti petrol,methanol, diesel, gas metana ,alkohol, gas butane, gas propana, dan lain-lain lagi.
� Juga dapat memadamkan kebakaran berpunca daripada peralatan elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya.
� Amat sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan perkakasan elektrik.
� Sangat baik untuk cairan yang mudah terbakar, komputer, peralatan data pemprosesan, laboratorium, dan sebagainya.
� Fungsi utama alat pemadam api jenis ini adalah untuk memadam kebakaran api dari kelas C.
Cara penggunaan Alat Pemadam Api (APA) Jenis Serbuk Karbon Dioksida (Carbon Dioksida) :
Pilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang �liver� dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.
Praktikkan penggunaan kaedah PASS:
P | Pull (Tarik/cabut pin keselamtan) |
A | Aim (Arahkan nozel ke arah punca api) |
S | Squeeze (Tekan pemegang �lever�dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar) |
S | Sweep (Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman) |