Translate this Article...
Fungsi Alat Pemadam Api (APA) Jenis Tekanan Gas (Halon) :
� Berfungsi untuk memadamkan api jenis kelas B.
� Untuk memadamkan bahan cecair mudah terbakar, gas, petrol, gas methanol, gasoline, gas butana, alkohol, gas propana, dan lain-lain lagi.
� Alat pemadam api jenis ini tidak sesuai digunakan memadam api kelas A, C dan D.
Cara penggunaan Alat Pemadam Api (APA) Jenis Tekanan Gas (Halon) :
Pilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang �liver� dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.
� Praktikkan penggunaan kaedah PASS:
P | Pull (Tarik/cabut pin keselamtan) |
A | Aim (Arahkan nozel ke arah punca api) |
S | Squeeze (Tekan pemegang �lever�dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar) |
S | Sweep (Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman) |