Kesimpulan Pc Assemble and Upgrading

Translate this Article...


Setelah mempelajari dan mempraktikkan langkah-langkah peleraian dan pemasangan komponen-komponen komputer,  kita akan dapat membiasakan diri dengan komponen-komponen komputer dan memudahkan kita untuk meleraikan dan memasangnya sendiri. Selain dapat memeriksa, membaik pulih, membaiki,  atau menaik taraf komponen, kita dapat memantau keadaan komponen komputer dalam sistem unit kita.
Disamping itu juga, secara tidak langsung kita dapat membersihkan (cleaning) sebagai langkah berjaga-jaga, penyeliaan, atau penjagaan dan sebagai pengujian (testing) yang sistematik dan berjadual supaya kita dapat memastikan komputer kita sentiasa dalam keadaan bersih dan baik untuk mengelakkan sebarang kerosakan dan memanjangkan jangka hayat komputer.
Latihan ini juga melatih kita untuk sentiasa bersedia jika berlakunya sebarang kerosakan. Aspek keselamatan juga sangat dititik beratkan dalam latihan ini. Ini kerana computer melibatkan penggunaan voltan elektrik, iaitu kita terdedah akan bahaya renjatan elektrik. Oleh itu, sentiasalah mematuhi peraturan keselamatan iaitu memakai pakaian yang sesuai, menggunakan peralatan yang betul, dan patuhi langkah-langkah dan gerak kerja yang betul. 



Previous
Next Post »
Blogger Academia Blog ini terdaftar sebagai Alumni Blogger Academia tahun 2015 dengan Nomor Induk Blogger NIB: 015182166, dan dinyatakan Lulus sebagai salahsatu dari 100 Web/Blog Terbaik Blogger Academia tahun 2015.

Mohon laporkan jika terjadi penyalahgunaan Blog dan atau terdapat pelanggaran terhadap konten/artikel yang terindikasi memuat unsur Pornografi, Perjudian dan Hal-hal berbau Sara.

Hormat kami,

Andi Akbar Muzfa, SH
Ketua Blogger Academia
Pimpinan Advokat dan Konsultan Hukum ABR & Partners