Langkah-Langkah Kerja Pembersihan Mouse

Translate this Article...

Tetikus merupakan komponen yang perlu juga dibersihkan. Habuk, debu, serdak makanan, abu rokok, adalah diantara partikel-partikel yang mudah memasuki ruang bebola bawah tetikus. Ini kerana setiap kali mouse diseret pada permukaan mouse pad, kotoran itu tadi akan melekat pada bebola dan juga bahagian bawah tetikus, seterusnya memasuki kebahagian dalamnya. Sekiranya ini berlaku, maka pergerakan arah x dan y akan terganggu dan kesannya pergerakan cursor pada skrin monitor akan turut terganggu seperti terlekat-lekat. Masalah ini boleh dielakkan dengan membersihkan bebola dan bahagian dalam tetikus.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk pembersihan tetikus :
1. Kain lembut/tiras.
2. Putik kapas lembap.
3. Tin/penyembur udara mampat.
4. Isopropyl alcohol.
5. Vakum.






CARA KERJA
LANGKAH KERJA

LANGKAH PERTAMA
         Cabut kabel tetikus daripada sistem unit dengan berhati-hati.
         Dengan perlahan-lahan, gunakan kain lembut bersama isopropyl alcohol dan sapu pada permukaan tetikus untuk membersihkannya.






LANGKAH KEDUA
         Buka penutup bebola tetikus dengan memutarkan penutup itu dengan betul.
         Keluarkan bebola itu daripada badan tetikus.







CARA KERJA
LANGKAH KERJA

LANGKAH KETIGA
         Gunakan vakum atau tin penyembur udara mampat untuk membersihkan ruang dan liang bebola tetikus.



LANGKAH KEEMPAT
         Gunakan putik kapas lembab dan cuci sensor atau titik sesentuh x dan y dalam liang bebola tetikus.
         Lakukan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kerosakan padanya.


















































































Related Posts:

  • Langkah-Langkah Kerja Pembersihan SpeakerMembersihkan speaker mungkin agak merumitkan. Ini kerana terdapat beberapa bahagian yang perlu dicuci. Anda perlu berhati-hati ketika membersihkan pembesar suara ini kerana terdapat bahagian yang mudah rosak dan halus yang se… Baca Selengkapnya
  • Masalah HabukMusuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat … Baca Selengkapnya
  • Langkah-Langkah Kerja Pembersihan Power SupplyBekalan kuasa merupakan salah satu komponen penting yang terdapat dalam komputer. Bekalan kuasa, berdasarkan namanya, membekalkan atau menyediakan tenaga elektrik ke komputer anda untuk beroperasi. Bekalan kuasa yang tidak me… Baca Selengkapnya
  • Langkah-Langkah Kerja Pembersihan MotherboardPenjagaan motherboard (papan induk) ini juga adalah sangat penting dan perlu dijaga. Ini kerana jika motherboard mengalami kerosakan, ia sangat sukar untuk dibaiki. Atau dengan cara lain, ianya perlu diganti dengan yang baru … Baca Selengkapnya
  • Langkah-Langkah Kerja Pembersihan MouseTetikus merupakan komponen yang perlu juga dibersihkan. Habuk, debu, serdak makanan, abu rokok, adalah diantara partikel-partikel yang mudah memasuki ruang bebola bawah tetikus. Ini kerana setiap kali mouse diseret pada permu… Baca Selengkapnya

Previous
Next Post »
Blogger Academia Blog ini terdaftar sebagai Alumni Blogger Academia tahun 2015 dengan Nomor Induk Blogger NIB: 015182166, dan dinyatakan Lulus sebagai salahsatu dari 100 Web/Blog Terbaik Blogger Academia tahun 2015.

Mohon laporkan jika terjadi penyalahgunaan Blog dan atau terdapat pelanggaran terhadap konten/artikel yang terindikasi memuat unsur Pornografi, Perjudian dan Hal-hal berbau Sara.

Hormat kami,

Andi Akbar Muzfa, SH
Ketua Blogger Academia
Pimpinan Advokat dan Konsultan Hukum ABR & Partners