Pengenalan Hardware Maintenance

Translate this Article...

Dalam modul ini kita akan mempelajari tentang penyelenggaraan dan penjagaan komputer. Tetapi dalam modul ini ia lebih tertumpu kepada �hardware�, iaitu peranti, perkakas komputer yang dapat dilihat dan disentuh termasuklah pada bahagian luaran dan juga dalaman.

Penjagaan sistem komputer terdiri daripada dua bahagian iaitu Preventive Maintenance, iaitu (penjagaan proaktif sebelum) dan juga Corrective Maintenance iaitu (penjagaan proaktif pembetulan) yang dilakukan ke atas perkakasan komputer.

Kaedah penyeliaan dan penjagaan komputer ini termasuklah �cleaning� (pembersihan) dan �testing� (pengujian) yang sistematik dan berjadual supaya memastikan komputer kita sentiasa dalam keadaan baik dan memanjangkan jangkahayat komputer kita. Ini penting kerana kita dapat mengurangkan kos yang mungkin berisiko tinggi sekiranya berlaku kerosakan komponen komputer. Sebelum kerosakan komputer berlaku, langkah-langkah penjagaan dan pembersihan dapat mengelakkan berlakunya kerosakan.

Jadi, untuk mengelakkan berlakunya kerosakan, langkah-langkah awal perlu dilakukan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan. Ini kerana banyak faktor yang menyumbang kepada kerosakan seperti masalah habuk, suhu, virus, mahupun sikap dan cara kita mengguna dan mengendalikan komputer itu sendiri.

Untuk langkah-langkah pembersihan, persediaan ini amat penting untuk memastikan perkakasan atau komponen komputer sentiasa dalam keadaan baik. Contohnya terdapat perkakasan komputer sangat sensitif kepada debu dan habuk. Jika dibiarkan, ia akan mengakibatkan komponen berkarat dan lebih memudaratkan lagi, komputer akan cepat menjadi panas, lalu terjadinya litar pintas, dan ada sesetengah kes yang berbahaya yang mengakibatkan kebakaran yang tidak dijangka.

Oleh itu, untuk memastikan komputer kita sentiasa dalam keadaan baik dan untuk penggunaan jangka masa panjang, kita hendaklah menyelenggara dan membersihkan komputer dan komponen-komponen yang lain secara sistematik dan berjadual supaya dapat mengelakkan sebarang risiko kerosakan dan juga untuk keselamatan kita sebagai pengguna.





Related Posts:

  • Masalah HabukMusuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat … Baca Selengkapnya
  • Langkah-Langkah Kerja Pembersihan MouseTetikus merupakan komponen yang perlu juga dibersihkan. Habuk, debu, serdak makanan, abu rokok, adalah diantara partikel-partikel yang mudah memasuki ruang bebola bawah tetikus. Ini kerana setiap kali mouse diseret pada permu… Baca Selengkapnya
  • Langkah-Langkah Kerja Pembersihan MotherboardPenjagaan motherboard (papan induk) ini juga adalah sangat penting dan perlu dijaga. Ini kerana jika motherboard mengalami kerosakan, ia sangat sukar untuk dibaiki. Atau dengan cara lain, ianya perlu diganti dengan yang baru … Baca Selengkapnya
  • Langkah-Langkah Kerja Pembersihan SpeakerMembersihkan speaker mungkin agak merumitkan. Ini kerana terdapat beberapa bahagian yang perlu dicuci. Anda perlu berhati-hati ketika membersihkan pembesar suara ini kerana terdapat bahagian yang mudah rosak dan halus yang se… Baca Selengkapnya
  • Langkah-Langkah Kerja Pembersihan Power SupplyBekalan kuasa merupakan salah satu komponen penting yang terdapat dalam komputer. Bekalan kuasa, berdasarkan namanya, membekalkan atau menyediakan tenaga elektrik ke komputer anda untuk beroperasi. Bekalan kuasa yang tidak me… Baca Selengkapnya

Previous
Next Post »
Blogger Academia Blog ini terdaftar sebagai Alumni Blogger Academia tahun 2015 dengan Nomor Induk Blogger NIB: 015182166, dan dinyatakan Lulus sebagai salahsatu dari 100 Web/Blog Terbaik Blogger Academia tahun 2015.

Mohon laporkan jika terjadi penyalahgunaan Blog dan atau terdapat pelanggaran terhadap konten/artikel yang terindikasi memuat unsur Pornografi, Perjudian dan Hal-hal berbau Sara.

Hormat kami,

Andi Akbar Muzfa, SH
Ketua Blogger Academia
Pimpinan Advokat dan Konsultan Hukum ABR & Partners