Translate this Article...
Secara umumnya, keselamatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu keselamatan yang berkait dengan nyawa (safety), dan juga keselamatan yang berkait dengan harta benda (security). Keselamatan dalam pekerjaan adalah sangat penting dan mesti dipraktikkan serta diamalkan secara berterusan untuk menjamin keselamatan diri dan orang lain ditempat kerja, sama ada dikilang, pejabat, sekolah, dan termasuklah makmal komputer. Langkah-langkah keselamatan mestilah dipastikan dari segi pakaian, keadaan sekeliling, bengkel, makmal, dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Sebagai seorang Pembantu Juruteknik Sistem Komputer yang bertanggungjawab dan berdisiplin, kita mestilah mengikut peraturan-peraturan keselamatan yang telah ditetapkan supaya kita dapat mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan atau kecederaan ketika berada di makmal komputer.
Budaya ditempat kerja adalah faktor utama yang menjamin keselamatan nyawa dan juga harta benda. Ianya memberi pengetahuan supaya kita dapat membudayakan diri tentang tanggungjawab ditempat kerja termasuklah di makmal komputer secara berterusan. Selain itu, risiko berlakunya kebakaran adalah tinggi jika kita tidak mematuhi peraturan. Ianya juga disebabkan kecuaian kita sendiri secara langsung atau tidak langsung ketika berada di makmal komputer. Oleh itu, pengetahuan punca-punca dan cara mengelakkan kebakaran dapat kita pelajari menerusi folio ini.
Sebelum itu, kita perlu mengetahui apakah definisi alat pemadam api, jenis-jenis pemadam api termasuk fungsi dan cara penggunaannya, dan kelas-kelas kebakaran. Ini adalah penting untuk kita bertindak membantu memadam kebakaran yang kecil mengikut kelas api kebakaran sekiranya berlaku kebakaran dimakmal komputer. Kita juga dapat mempelajari jenis-jenis alat pemadam api dan kelas-kelas api, dan kesesuaian untuk jenis-jenis kebakaran.
Berpandukan pengetahuan berkaitan dengan kebakaran ini, dapat membantu kita menangani kebakaran kecil dan cara penggunaan alat pemadam api mengikut kesesuaian untuk memadam kebakaran tersebut, tidak kira dimana jua, termasuklah dimakmal komputer. Sebagai seorang pembantu juruteknik komputer yang bertanggungjawab juga, kita perlu sentiasa peka dan mengikut peraturan dan simbol-simbol keselamatan yang terdapat dimakmal komputer untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan, mahupun kerosakan peralatan komputer itu sendiri.