Translate this Article...
TAJUK : ASAS PELAYAR INTERNET (INTERNET BROWSER) DAN ENJIN CARIAN
(SEARCH ENGINE)
TUJUAN : Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan mengenai Asas
Pelayar Internet dan Enjin Carian kepada pelatih.
1 DEFINISI PELAYAR INTERNET DAN ENJIN CARIAN
Maklumat boleh dicari dan dilihat pada World Wide Web menggunakan Pelayar Internet dan hubungan Internet. WWW ialah satu koleksi dokumen berasingan dipanggil Laman Web yang dihubungkan bersama-sama. Pelayar Internet membolehkan dokumen ini dilihat dan saling menghubungkan link untuk diteroka. Alamat laman Web yang boleh dilawati ditaip ke bar alamat atau alamat boleh diklik dari senarai Favorite.
Pelayar Internet juga membolehkan pengguna menggunakan Internet untuk mencari orang, perniagaan dan maklumat berkenaan apa yang diminatinya. Ciri keselamatan pelayar Internet membolehkan pengguna melayari Web dengan yakin kerana tahu komputer dan maklumat peribadi adalah selamat.
Pelayar Internet memudahkan pengguna mendapat yang terbaik dari WWW, samada mencari maklumat baru atau melayari laman Web kegemaran. Teknologi IntelliSense yang sedia dipasang boleh menjimatkan masa membuat tugasan Web, seperti menyiapkan alamat Web dan borang secara automatik dan mengesan rangkaian dan status hubungan secara automatik.
Enjin pencari mudah mengimbas jumlah data yang amat besar yang terbenam dalam berjuta laman Web diseluruh dunia untuk mendapatkan maklumat berpotensi yang relevan. Bagaimanapun, alatan seperti ini memberikan sedikit panduan melebihi pertanyaan untuk menyempitkan julat kemungkinan. Ini sama dengan pencari enjin full-text yang banyak digunakan oleh kebanyakan syarikat dengan laman Web layan diri. Keputusan net ialah walaupun enjin pencari Web sangat efisyen dalam mengakses berbagai-bagai data, keputusan yang relevan dan ketepatan pencarian bergantung sepenuhnya kepada gerak rasa dan ketepatan seseorang menanyakan soalan.
Jika kita memikirkan sejenak bagaimana enjin pencari berfungsi; ia memasuki dunia, mengikut arah jalan dan laluan untuk sampai ke tempat yang dituju, dan mengumpul semua maklumat sepanjang laluannya. Dari titik ini, maklumat dihantar semula ke sekumpulan server di mana algoritma digunakan untuk menentukan kepentingan dokumen spesifik. Bagaimana algoritma ini dibina? Ianya dicipta oleh manusia yang mempunyai banyak pengalaman dalam memahami asas Internet dan dokumen yang dikandunginya dan yang mempunyai kapasiti untuk belajar dari kesilapan mereka, dan sentiasa mengemaskini algoritma mereka. Kita mempunyai entiti yang mengumpul maklumat, menyimpannya, dan memilihnya untuk menentukan mana yang penting dan mana yang boleh dikongsi dengan orang lain dan menyisihkan apa yang tidak penting.
Untuk mendapat kefahaman jelas mengenai enjin pencari adalah lebih mudah untuk membandingkannya dengan anatomi manusia. Walaupun tidak bernyawa, ia mempunyai fungsi asas yang sama yang diperlukan untuk hidup. Ianya adalah:
(a) Paru-paru dan lain-lain Organ Penting
Paru-paru enjin pencari dan sejumlah organ penting terkandung dalam pusat data yang disimpannya samada dalam bentuk kuasa, hubungan Internet dan sebagainya. Seperti tubuh manusia, kita tidak berpendapat ianya penting dalam mentafsir siapa kita tetapi kita bersyukur memilikinya dan memerlukannya untuk berfungsi dengan sempurna.
(b) Lengan dan Kaki
Fikirkan link dari enjin sendiri sebagai lengan dan kaki. Ianya merupakan kenderaan yang kita gunakan untuk sampai ke tempat yang kita hajati dan mendapatkan apa yang perlu diakses. Kebanyakan bahagian badan manusia dibina terutamanya untuk membolehkan pengguna boleh bergerak dan berupaya mengakses benda lain. Enjin pencari juga dicipta untuk mengakses dunia luar.
(c) Mata
Mata enjin pencari ialah labah-labah (juga dikenali sebagai robot atau crawlers). Ini ialah 1 dan 0 yang dihantar oleh enjin pencari ke Internet untuk mendapatkan dokumen. Labah-labah merayap dari satu halaman ke halaman yang lain mengikuti link dimana pengguna akan memerhati sepanjang laluannya. Labah-labah ini bergerak melalui hubungan fiber optik maka kebolehannya untuk bergerak selaju cahaya membolehkannya untuk melawati semua laluan dan berbeza dengan kita sebagai manusia yang bersifat lebih selektif.
(d) Otak
Otak enjin pencari, seperti otak manusia, merupakan komponen berfungsi yang paling kompleks. Otak mesti mempunyai gerak rasa, mesti tahu dan mesti belajar untuk berfungsi dengan sempurna. Enjin pencari mesti mempunyai ketiga-tiga komponen kritikal ini untuk survive.
(e) Gerak Rasa
Gerak rasa enjin pencari ditafsir sebagai fungsi terasnya yang merayap pada laman-laman dan ketidakbolehannya untuk membaca jenis data spesifik, atau respon berprogram untuk tidak mengendahkan fail yang memenuhi kriteria tertentu.
2 MENGGUNAKAN PELAYAR INTERNET DAN ENJIN CARIAN
2.1 Mencari maklumat yang dimahukan oleh pengguna di Internet
Pengguna boleh mencari maklumat di Web dengan pelbagai cara
(a) Dengan mengklik butang Search di toolbar untuk mendapatkan akses ke sejumlah pembekal pencarian. Taip satu perkataan atau frasa dalam kotak Search.
(b) Dengan menaip Go, find atau �?� diikuti oleh satu perkataan atau frasa dalam bar alamat. Pelayar Internet akan memulakan carian mengggunakan pembekal pencarian yang telah ditentukan.
(c) Selepas pengguna pergi ke laman Web, pengguna boleh mencari teks spesifik pada laman itu dengan mengklik Menu dan seterusnya mengklik Find.
2.2 Berkongsi bookmarks dan favorites
Favorites adalah satu cara mudah untuk menyusun dan berhubung ke laman Web yang kerap dilawati oleh pengguna. Jika pengguna menggunakan pelayar Internet pada beberapa komputer, pengguna dengan mudahnya boleh berkongsi item favorite antara komputer dengan mengimportnya. Dan jika pengguna menggunakan kedua-dua Internet Explorer dan Netscape Navigator, pengguna boleh menyimpan favoritenya dan bookmark terkini dengan setiapnya melalui import antara program.
(a) untuk mengimport bookmark atau favorite, di menu File, klik Import dan Export
(b) Untuk eksport Favorite ke bookmark atau favorite ke komputer yang lain atau komputer yang sama, di menu File, klik Import dan Export
(c) Favorite yang dieksport disimpan sebagai fail HTML kerap, jadi samada Internet Explorer atau Netscape Navigator boleh mengimportnya. Pengguna boleh mengeksport folder terpilih dalam senarai Favorite atau semua kandungan Favorite.
(d) Fail Favorite yang dieksport biasanya kecil, jadi jika pengguna mahu berkongsi item favorite dengan orang lain, pengguna boleh menyalinnya ke cakera liut atau folder di rangkaian atau meletakkanya ke mesej e-mel.
2.3 Menggunakan Internet Options
Beberapa pelayar Internet membolehkan pengguna menukar tetapan (setting) menggunakan Internet Option. Beberapa pilihan adalah seperti di bawah:
(a) Pengguna boleh menspesifikasikan laman Web pertama yang telah diakses apabila memulakan pelayar
(b) Hapuskan fail Internet sementara yang disimpan dalam komputer
(c) Guna Content Advisor untuk menyekat akses ke material yang diragui
(d) Mengspesifikasikan warna dan jenis font yang dipaparkan di laman Web
(e) Set tahap sekuriti
(f) Menspesifikasikan program yang akan digunakan untuk e-mel dan membaca Internet newsgroup
3 PRIVASI & SEKURITI
Pelayar Internet memberikan sejumlah ciri yang membantu melindungi privasi pengguna dan menjadikan komputer dan maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti lebih selamat.
Ciri privasi membolehkan pengguna melindungi maklumat ini dengan membantu pengguna memahami bagaimana laman Web yang dilihat oleh pengguna mungkin menggunakan maklumat ini dan dengan membenarkan pengguna membuat setting privasi yang menentukan samada pengguna mahu membenarkan laman Web menyimpan Cookies dalam komputer.
Ciri privasi di pelayar Internet termasuklah:
(a) setting privasi yang mengkhaskan bagaimana komputer berurusan dengan cookies. Cookies adalah fail yang dibina oleh sesebuah laman Web yang menyimpan maklumat dalam komputer dan juga pilihannya apabila mengunjungi laman Web. Cookies juga boleh menyimpan maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti seperti nama pengguna dan alamat e-mel.
(b) Privasi memberi amaran yang membolehkan pengguna mengetahui bila pengguna cuba mendapatkan akses ke laman yang tidak memenuhi kriteria setting privasi pengguna
(c) Kebolehan untuk melihat laman Web polisi privasi P3P
Ciri sekuriti membantu mengelakkan kita dari mendapatkan akses kepada maklumat yang tidak diberikan keizinan oleh pengguna untuk diakses seperti maklumat kad kredit yang dimasukkan oleh pengguna apabila membeli belah di Internet. Ciri sekuriti juga boleh melindungi komputer dari perisian yang tidak selamat.
Ciri sekuriti dalam pelayan Internet termasuklah:
� Sijil, yang mengesahkan identiti seseorang atau sekuriti laman Web
� Perhubungan selamat 128-bit untuk menggunakan laman Web selamat
� Menggunakan zon sekuriti untuk menetapkan tahap berbeza untuk kawasan berbeza pada Web yang membantu melindungi komputer
3.2 Berkongsi Maklumat Peribadi dengan Selamat
Terdapat pelayan Internet yang boleh menyimpan pengguna dari memasuki maklumat yang sama seperti alamat atau nama e-mel, setiap kali pengguna melawat satu laman Web yang meminta maklumat seperti ini. Ini dibuat dengan menyimpan maklumat dalam komputer. Tidak ada maklumat yang boleh dilihat dalam komputer atau dikongsi dengan orang lain tanpa keizinan pengguna.
Apabila satu laman Web meminta maklumat, permintaan ini memberitahu pengguna:
(a) alamat laman Internet yang meminta maklumat
(b) apa maklumat yang diminta oleh laman dari Profile Assistant supaya pengguna boleh memilih untuk tidak memasukkan maklumat
(c) bagaimana maklumat akan digunakan
(d) samada laman ini mempunyai hubungan yang selamat (secure sockets layer atau SSL). Jika ya, pengguna boleh mengesahkan sijil laman.
3.3 Memahami Cookies
Laman Internet menggunakan fail-fail kecil dinamakan cookies untuk mengikut jejak pilihan dan maklumat pengguna. Pelayar Internet termasuklah setting yang membolehkan pengguna mengawal penyimpanan cookies dalam komputer.
Cookies ialah fail yang dibuat oleh sesebuah laman Internet untuk menyimpan maklumat dalam komputer pengguna, seperti pilihan pengguna apabila melawat laman tersebut. Contohnya jika pengguna bertanya mengenai jadual penerbangan di laman Web syarikat penerbangan, laman tersebut mungkin akan membuat cookie yang mengandungi itinerari pengguna. Atau ia mungkin mengandungi satu rekod laman yang dilihat oleh pengguna dalam laman yang dilawatinya, untuk membantu customize pandangan pengguna dalam lawatan seterusnya.
Cookies boleh juga menyimpan maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti. Maklumat ini boleh digunakan untuk mengenalpasti atau menghubungi pengguna, seperti nama pengguna, alamat e-melnya, rumah atau alamat pejabat, atau nombor telefon. Bagaimanapun, laman Web hanya boleh mengakses maklumat yang diberikan oleh pengguna. Contohnya, laman Web tidak boleh menentukan nama e-mel pengguna kecuali pengguna memberikannya. Laman Web juga tidak boleh mendapat akses kepada lain-lain maklumat dalam komputer.
Apabila cookies telah disimpan dalam komputer, hanya laman Web yang membuatnya yang boleh membacanya.
Terdapat beberapa jenis cookies, dan pengguna boleh memilih samada membenarkan beberapa, tidak langsung atau semua sekali disimpan dalam komputer. Jika pengguna tidak membenarkan sebarang cookies, mereka mungkin tidak boleh melihat beberapa laman Web atau mengambil kesempatan terhadap ciri customize (seperti berita dan cuaca tempatan atau kuota saham).
(a) Cookies Kekal
Cookies yang disimpan sebagai fail dalam komputer pengguna akan kekal disitu apabila pengguna menutup Internet Explorer. Cookies boleh dibaca oleh laman Web yang membuatnya apabila pengguna melawat laman tersebut lagi.
(b) Cookies Sesi
Cookies sesi atau sementara hanya menyimpan sesi pelayaran pengguna yang terkini, dan akan dihapuskan apabila pengguna menutup Internet Explorer
(c) Cookies Pihak Pertama
Samada berasal dari laman Web atau dihantar ke laman Web yang terkini dilawati oleh pengguna. Cookies ini biasa digunakan untuk menyimpan maklumat seperti pilihan pengguna apabila melawati laman tersebut.
(d) Cookies Pihak Ketiga
Samada berasal dari atau dihantar ke laman Web berbeza dari yang sedang dilawati oleh pengguna. Ia biasanya memberikan beberapa kandungan dalam laman Web yang dilihat oleh pengguna. Contohnya, kebanyakan laman Web menggunakan iklan dari laman Web pihak ketiga dan laman Web pihak ketiga ini mungkin menggunakan cookies. Penggunaan biasa jenis cookies ini ialah untuk menjejaki laman Web yang digunakan pengguna untuk mengiklan atau lain-lain tujuan pemasaran. Cookies pihak ketiga boleh jadi kekal atau sementara.
(e) Cookies Tidak Memuaskan
Cookies yang membenarkan akses maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti yang boleh digunakan untuk tujuan sekunder tanpa pengetahuan pengguna.
3.4 Melindungi Komputer dari Perisian Tidak Selamat
Apabila memuat turun atau menjalankan program dari Internet, pengguna mahu tahu program datang dari sumber yang diketahui dan boleh diharapkan. Itulah sebabnya apabila memilih untuk memuat turun program dari Internet ke komputer, pelayar Internet menggunakan teknologi tertentu untuk mengesahkan identiti program tersebut. Teknologi authenticode mengesahkan program mempunyai sijil yang sah: identiti pengeluar perisian sepadan dengan sijil, dan sijil masih lagi sah. Walau bagaimanapun, ini tidak berupaya mengelak program yang ditulis dengan buruk daripada tidak dimuat turun atau dijalankan di komputer tetapi ia mengurangkan peluang seseorang tersalah mengambil program yang bertujuan jahat atau membinasakan.
Pengguna boleh membuat setting berbeza untuk cara pelayan Internet mengendalikan muat turun program dan fail bergantung kepada zon ia berasal.
Contohnya, pengguna mungkin yakin dengan apa sahaja yang dimuat turun dalam intranet korporatnya adalah selamat. Jadi pengguna boleh menetapkan setting sekuriti untuk zon intranet tempatan kepada tahap rendah yang membenarkan muat turun tanpa prompt atau sedikit prompting. Jika sumber dalam zon Internet atau �restricted sites zones� pengguna mahu tahap sekuriti ditetapkan ke tahap sederhana aau tinggi. Seterusnya ia akan diprompt dengan maklumat mengenai sijil program sebelum di muat turun, atau pengguna mungkin tidak boleh memuat turunkannya.
3.5 Menggunakan Content Advisor unuk mengawal akses
Internet memberikan akses unik kepada pelbagai maklumat. Beberapa maklumat mungkin tidak sesuai untuk setiap pelihatnya. Contohnya, pengguna mahu mencegah kanak-kanak dari melihat laman Web yang mengandungi keganasan atau kandungan untuk orang dewasa.
Content Advisor memberikan satu cara untuk membantu mengawal jenis kandungan yang boleh diakses oleh komputer pada Internet. Selepas mengaktifkan Content Advisor hanya kandungan yang dinilai memenuhi atau melampaui kriteria boleh dilihat. Setting ini boleh diubah.
Dengan Content Advisor, pengguna boleh:
(a) mengawal akses kepada setting Content Advisor. Pengguna mengaktifkan Content Advisor dan melihat setting melalui penggunaan katakunci. Pengguna memerlukan katakunci ini untuk menukar sebarang setting Content Advisor. Oleh itu pengguna perlu menulisnya untuk rujukan di masa depan.
(b) Lihat dan ubah penilaian setting untuk melihat apa yang difikirkan pengguna mengenai kandungannya untuk setiap empat item: bahasa, dewasa dan keganasan.
(c) Ubahsuai jenis kandungan yang boleh dilihat oleh orang lain, dengan atau tanpa keizinan pengguna. Pengguna boleh tidak mengendahkan kandungan setting berdasarkan kes.
(d) Buat senarai laman Web yang tidak boleh dilihat oleh orang lain, tanpa mengambil peduli bagaimana kandungan laman ini dinilai.
(e) Buat senarai laman Web yang sentiasa boleh dilihat oleh orang lain tanpa mengambil peduli bagaimana kandungan laman ini dinilai.
(f) Lihat dan ubahsuai sistem penilaian dan biro penggunaan pengguna.
Content Advisor telah ditetap ke kebanyakan setting konservatif apabila pengguna mengaktifkannya buat kali pertama. Pengguna boleh mengubahsuai setting ini untuk memadankan dengan pilihannya sendiri.
Tidak semua kandungan Internet dinilai. Jika pengguna memilih membenarkan orang-orang lain melihat laman yang tidak dinilai pada komputer mereka, beberapa laman ini mungkin mengandungi material yang tidak sesuai.