Menyusun Dan Mengekalkan Tempat Kerja Sendiri

Translate this Article...


TAJUK :           MENYUSUN DAN MENGEKALKAN TEMPAT KERJA SENDIRI

TUJUAN:           Modul ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai perkakasan pengurusan dan penyusunan, peralatan, material dan dokumentasi di tempat kerja.


1          PENILAIAN ERGONOMIK
Dasar kepada amalan ergonomic ialah memastikan persekitaran pejabat dan perabut asasnya sesuai dengan keperluan keselesaan asas pekerja.
Tempat kerja dengan ergonomik yang tidak baik boleh membawa kepada rungutan mengenai rangka otot dari sakit belakang hinggalah sakit leher yang klasik. Ia sebenarnya merupakan keperluan The Occupational Safety and Health Act (OSHA) yang mengatakan semua pekerjaan mempunyai penilaian risiko dan penyelesaian ergonomik yang betul kepada individu. Kegagalan mematuhinya akan dilihat dengan pandangan buruk oleh mahkamah dan tuntutan pampasan akan menjadi semakin biasa.
Dengan setiap penilaian, analisa yang mendalam mengenai fizikal kawasan kerja dan dimensi operator akan dijalankan. Cadangan untuk membaikpulih pelan luaran ketinggian kerusi/meja, kedudukan skrin komputer, papan kekunci dan tetikus akan diberikan kepada individu melalui satu laporan pendek (Penilaian Risiko) dan nasihat secara verbal mengenai postur duduk akan diberikan.
Ergonomik yang baik akan membawa kepada pertambahan produktiviti, kurang masalah tidak hadir, kurang rungutan mengenai rangka otot dan membaiki hubungan pekerja dengan majikan.
OSHA telah membuat panduan ketat mengenai persekitaran kerja:

Senarai semak Ergonomik � Permintaan Tempat Kerja Fizikal
  Adakah tempat kerja mencukupi?
  Adakah kedudukan peralatan, kawalan dan tempat duduk membolehkan postur yang memuaskan dan kawalan yang betul oleh tangan dan kaki?
  Adakah pekerja perlu berdiri selamanya atau kebanyakan masanya; secara alternatifnya, mestikah dia kekal duduk sepanjang masa?
  Adakah keperluan pekerja untuk duduk bersesuaian dengan tugasan yang dibuat?
  Adakah ketinggian meja kerja memuaskan berdasarkan postur dan jarak penglihatan; jika postur tidak memuaskan adakah ia disebabkan binaan mesin, meja kerja, kawalan atau perkakasan boleh bergerak?
  Adakah permukaan tempat duduk memuaskan dari segi kekerasannya, kelicinannya, warna dan bentuknya?
  Sehingga ke tahap mana kawalan kaki diperlukan?
  Adakah pedal memuaskan dari segi kedudukan dan saiz, dan adakah elaun khas diberi jika terdapat lebih dua postur duduk atau sebarang elaun diberi untuk masa yang signifikan dalam postur berdiri?
  Adakah tempat rehat kaki dan/atau sokongan lengan, tangan, belakang ada jika diperlukan; adakah ianya menghadkan keselamatan dan operasi tugasan yang berkesan?
  Adakah ciri kawalan tangan sesuai dengan daya yang diperlukan untuk mengoperasinya (bentuk, saiz, permukaan) dan adakah daya ini boleh diterima?
  Jika perkakasan tangan digunakan, adakah ianya yang betul untuk melakukan tugasan; adakah ianya dimaintain dengan baik; dan adakah ianya boleh diakses oleh operator dalam cara yang paling berkesan?
  Adakah container digunakan; adakah saiznya, kedudukannya, beratnya memuaskan?
  Adakah rekabentuk dan pelan luar perkakasan memuaskan untuk dibaiki dan maintenance?

2          ORGANISASI PEKERJAAN � SENARAI SEMAK
  Adakah pekerjaan berbentuk syif; jika ya apakah sistem yang digunakan? Jika bergilir, apakah bebanan fizikal dan fisiologi yang diberikan terhadap pekerja? Adakah sebarang implikasi sosial?
  Apakah waktu kerja sebenar? Adakah terdapat sebarang adat dan amalan yang memerlukan perhatian yang lebih?
  Apakah purata kerja lebih masa? Adakah pendapatan kerja lebih masa terdapat dalam pekerjaan ini? Adakah ia perlu diadakan?
  Apakah makanan formal dan kadar minuman yang dibekalkan; adakah ia disusun dengan berkesan?
  Adakah tugasan berkadar? Jika ya, adakah perkadaran perlu dan/atau berkesan?

3              BEBANAN PERSEKITARAN � SENARAI SEMAK
  Adakah terdapat sebarang keadaan yang menekan? Adakah sebarang cadangan berkenaan kesihatan dan keselamatan dibuat?
  Adakah anda tahu suhu udara, kelembapan, radiasi dan pergerakan udara?
  Adakah pekerja didedahkan kepada perubahan persekitaran dengan kerap semasa syif tunggalnya?
  Apakah tahap kebisingan, adakah ia mengganggu kebolehan dan apakah risiko kehilangan pendengaran?
  Jika tahap kebisingan adalah tinggi, bagaimana langkah pencegahan perlu dibuat, adakah kehilangan pendengaran pekerja diskrin semasa diambil bekerja?
  Adakah terdapat sebarang keburukan persekitaran yang berpotensi contohnya debu, agen kimia, cahaya ultra-ungu, radiasi pengionan? Dalam kes yang meragukan, adakah nasihat pakar diperolehi secara bertulis?
  Sehingga ke tahap itu, perlukah perkakasan perlindungan peribadi dibekalkan, jika pekerja dilindungi dengan sebaiknya daripada cuaca yang tidak menentu dan lain-lain bahan berbahaya?
4          SENARAI SEMAK MAINTENANCE
            4.1        Enjin Bot
o    Bersihkan/ tukar penapis udara enjin
o    Tukar enjin dan transmisi minyak dan penapis
o    Tukar pencucuh plag enjin (gas)
o    Periksa talipinggang enjin, ubahsuai ketegangannya, tukarkan talipinggang lama
o    Periksa impeller dan pam penyejuk air enjin
o    Periksa/tukar enjin dan hull zinc
o    Periksa propeller shaft cutlass bearings
o    Periksa propeller terhadap sebarang kerosakan
o    Periksa shaft dan kotak/packing rudder stuffing
o    Periksa hos dan clamp air enjin
o    Periksa compartment blower enjin (mungkin tiada dalam bot disel)
o    Periksa garisan minyak, injap shut-off dan fittings
o    Ganti coolant enjin fresh-water-cooled
o    Tukar outboard/outdrive tiub gear
o    Tukar penapis minyak
4.2          Elektrikal
o    Uji/periksa radio
o    Uji/eriksa gear elektronik
o    Periksa tahap air bateri dan caj
o    Cuci dan awet terminal bateri
o    Pastikan bateri disimpan dalam kotak acid-proof dengan penutupnya
o    Periksa semua lampu navigasi
o    Periksa semua lampu dek dalaman dan yang lain-lain
o    Uji electronic bilge pumps dan suis float
o    Uji anchor windlass, hon dan lampu pencarian
4.3          Kawalan
o    Periksa lube steering gear
o    Periksa tahap cecair hidrolik dan tekanan
o    Periksa lube engine throttle dan kabel syif
o    Periksa rudder bearing/mounts dan packing glands





5              PENGALAMAN BELAJAR
Kita mendapat maklumat melalui deria, tetapi kita belajar dengan membuatnya. Pertama sekali, kita melihat dan mendengar orang lain. Kemudian, kita cuba membuat perkara sendiri. Ini akan mencetuskan minat dan menghasilkan motivasi untuk penerokaan diri.
Fikir semula bagaimana membawa basikal, menggunakan komputer, menari, atau menyanyi. Kita melihat tindakan, melihat akibat daripada tindakan tersebut, dan memilih samada meneruskan atau mengambil tindakan baru yang berbeza. Apa yang membolehkan kita menguasai kemahiran baru ini ialah penglibatan aktif kita dalam acara dan refleksi kita terhadap apa yang akan dicapai. Pengalaman dan refleksi mengajar lebih dari sebarang manual atau kuliah boleh buat.
David Kolb menerangkan belajar sebagai proses empat langkah. Beliau mengenalpasti langkah-langkah itu ialah (1) memerhati dan (2) berfikir (minda), (3) perasaan (emosi) dan (4) membuat (tindakan). Beliau melihat kerja-kerja Dewey (yang menekankan keperluan belajar untuk digabungkan dengan pengalaman), Lewin (yang menekankan kepentingan seseorang untuk aktif dalam belajar), dan Jean Piaget (yang menerangkan kecerdikan sebagai hasil interaksi orang dengan persekitarannnya).
o    Hands-on:         Pelatih sebenarnya dibenarkan menunjukkan kebolehan kerana mereka membina makna dan memerlukan pemahaman
o    Minds-On:         Aktiviti yang memfokus kepada konsep teras, membolehkan pelatih membina proses berfikir dan menggalakkan mereka bertanya dan mendapatkan jawapan yang akan menambah pengetahuan mereka dan mendapat kefahaman dunia fizikal yang mereka diami.
o    Keaslian:           Pelatih diberikan aktiviti penyelesaian masalah yang melibatkan keaslian, soalan hidup sebenar dan isu dalam format yang menggalakkan usaha bekerjasama, dialog dengan sumber pakar yang diketahui dan generalization untuk meluaskan idea dan aplikasi.
Pendekatan ini untuk fasilitator dan belajar membolehkan pelatih untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam komuniti belajar dimana fasilitator bukan hanya sumber pengetahuan dan maklumat. Ia menggalakkan penglibatan penuh komuniti pelajar yang termasuk pelatih lain, kawan, fasilitator, dan pakar luar. Teknologi menjadi alat yang menyokong proses belajar bila pelatih mencari pengetahuan baru dan pemahaman. Cabarannya ialah untuk mentafsir pendekatan baru untuk mengajar dan belajar dengan penjelasan yang cukup yang akan menjadikan ia visi berguna untuk pendidik kerana mereka membuat keputusan mengenai arahan material, aktiviti, dan strategi pengajaran.
Kapal dalam pelabuhan adalah selamat, tetapi itu bukanlah tujuan kapal itu dibina
� Benazir Bhutto

6              KESEDARAN PERKAKASAN
Mengenalpasti peralatan dan perkaksan yang rosak termasuklah:
                      i.        tidak berfungsi
                     ii.        pecah atau hilang komponen termasuk perlindungan keselamatan
                    iii.        bunyi/getaran/bau yang luar biasa
                    iv.        kerosakan pada pekerjaan

6.1          Perkakasan Rosak Dikenalpasti
Perkakasan yang dikenalpasti cacat akan dibawa ke perhatian tuannya supaya ia boleh disingkirkan dari perkhidmatan. Perkakasan yang berjaya melalui ujian ditanda dengan stem tarikh dan dikembalikan ke perkhidmatan. Jika kecacatan dikenalpasti, cadangan dibuat untuk penilaian keadaan seterusnya yang boleh berlaku lagi dan memerlukan ukuran pencegahan untuk maintain perkhidmatan hidup perkakasan.
Jika bersesuaian, perkakasan yang dikenalpasti rosak atau tidak selamat sebelum ini, semasa atau selepas ditanda untuk pembaikian mengikut prosedur piawai operasi. Kesalahan biasa dan/atau kecacatan dalam perkakasan tangan boleh dikenalpasti. Prosedur menanda perkakasan tidak selamat atau rosak untuk pembaikian boelh diberikan.

7              PANDUAN PIAWAI DAN OPERASI
Lebih baik pemahaman anda mengenai apa yang berlaku di tempat kerja anda dan semua faktor yang terlibat, semakin besarlah peluang anda untuk �menghidu� cara yang lebih baik dan mendapatkan cadangan anda diguna sebagai amalan baru.
Kesedaran julat peralatan perlindungan peribadi (PPE) termasuklah:
i           kasut
ii           sarung perlindungan kepala
iii          pakaian perlindungan
iv          respirator
v          topeng muka
vi          perlindungan pendengaran
vii         perlindungan mata
Kesedaran terhadap kepentingan amalan pekerjaan selamat termasuklah:
i           mengikuti SOP dan spesifikasi pengeluar sebelum, semasa dan selepas digunakan
ii           pengurusan risiko
iii          pengendalian manual yang betul
iv          pengendalian yang selamat, aplikasi dan penyimpanan bahan merbahaya
v          penggunaan PPE dengan betul
vi          servis dan maintenance peralatan dan perkakasan dengan kerap
vii         pemilihan perkakasan yang betul untuk digunakan
viii        bekerja dengan elektrik dalam cara yang selamat
ix          ventilasi yang bersesuaian
x           memakai perlindungan keselamatan dimana diperlukan



Previous
Next Post »
Blogger Academia Blog ini terdaftar sebagai Alumni Blogger Academia tahun 2015 dengan Nomor Induk Blogger NIB: 015182166, dan dinyatakan Lulus sebagai salahsatu dari 100 Web/Blog Terbaik Blogger Academia tahun 2015.

Mohon laporkan jika terjadi penyalahgunaan Blog dan atau terdapat pelanggaran terhadap konten/artikel yang terindikasi memuat unsur Pornografi, Perjudian dan Hal-hal berbau Sara.

Hormat kami,

Andi Akbar Muzfa, SH
Ketua Blogger Academia
Pimpinan Advokat dan Konsultan Hukum ABR & Partners