Pengenalan Troubleshooting

Translate this Article...


Dalam modul ini, kita akan mempelajari  tentang Troubleshooting, iaitu penyelesaian masalah yang berkaitan dengan sistem computer.  Sepertimana yang kita ketahui, komputer terbahagi kepada dua bahagian iaitu hardware dan juga software. Software pula terbahagi kepada sistem software dan application software. Kemudian, sistem software terbahagi pula kepada operation system dan juga utility. Troubleshooting ini sangat berkait rapat dengan perisian utiliti. Sedar atau tidak, terdapat beberapa perisian utiliti telah tersedia dalam sistem komputer kita seperti disk defragmenter, disk clean up,dan pelbagai lagi untuk menangani masalah dan melancarkan sistem komputer kita.
Apakah yang dimaksudkan dengan perisian utiliti? Perisian utiliti adalah merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian utiliti telah lama disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendalian utama. Ia bertujuan untuk memastikan sistem komputer beroperasi dengan lancar dan mengelakkan sebarang gangguan dan masalah kepada komputer.
Didalam gerak kerja ini, saya menunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan perisian utiliti disk defragmenter dan disk clean up yang telah sedia ada terdapat didalam komputer. Selain itu juga, saya menunjukkan bagaimana untuk download, install, dan run perisian utiliti yang boleh didapati di internet. Kegunaan perisian disk defragmenter adalah untuk menyusun fail dan folder yang berselerak didalam hard disk. Ini kerana kita tidak dapat melihat dengan mata kasar kita bagaimana kedudukan fail dan folder di dalam storan hard disk. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan perisian ini untuk menyusun dan mengemaskini fail agar ianya lebih mudah dicari dan sistem komputer dapat beroperasi dengan lebih lancar, seterusnya mengelakkan permasalahan seperti sistem komputer menjadi lembab dan perlahan.
Selain itu, penggunaan disk clean up pula berperanan untuk membersihkan hard disk dan membuang fail-fail lama dan sementara bagi melancarkan operasi sistem operasi komputer. Sebenarnya terdapat banyak lagi perisian-perisian yang dapat kita gunakan sebagai penyelesaian masalah komputer atau troubleshooting ini. Diharap kita dapat mempelajari dan mengambil manfaat akan kepentingan troubleshooting supaya sistem komputer kita sentiasa dalam keadaan baik dan lancar.





Previous
Next Post »
Blogger Academia Blog ini terdaftar sebagai Alumni Blogger Academia tahun 2015 dengan Nomor Induk Blogger NIB: 015182166, dan dinyatakan Lulus sebagai salahsatu dari 100 Web/Blog Terbaik Blogger Academia tahun 2015.

Mohon laporkan jika terjadi penyalahgunaan Blog dan atau terdapat pelanggaran terhadap konten/artikel yang terindikasi memuat unsur Pornografi, Perjudian dan Hal-hal berbau Sara.

Hormat kami,

Andi Akbar Muzfa, SH
Ketua Blogger Academia
Pimpinan Advokat dan Konsultan Hukum ABR & Partners