I'm A King (movie)

Translate this Article...

Dah lama aku tak proses filemkan..
So, kali ni aku pilih 2 movie untuk korang semua..
Memula aku review I'm A King ni dulu..
Esok kang aku review movie Rain yang baru..
Untuk jimat.. 2 movie ni aku satukan dalam 1 keping bahan bakar :)

2 in 1..
 

Lama aku tunggu Jun Ji Hoon ni nak kuar balik..
Lepas dia kena tangkap pasal dadah..
Pastu masuk tentera..
Rasanya ni la debut comeback stage dia..

Yang dah lupa Ji Hoon ni sapa..
Ni laa hero drama Goong @ My Princess Hour..
Dulu dia comel sangatkan..
La ni tambah macho.. dan menten hensem..
Paling suka mata dia yg sepet tu :)


Filem ni pasal seorang putera raja yg tiba2 ditabalkan menjadi pengganti Raja..
Dia pulak tak suka sbb dia tak minat bab2 takhta ni..
Nak pulak dia sebenarnya putera yang ke-3..

Satu malam.. dia sneak out dari istana..
Panjang bumbung untuk lari dari upacara pertabalan..
Sekali tu dia kena tangkap dengan sekumpulan gangster..
Yang tengah dalam urusan jual beli hamba...

 
Ini laa hamba yang sebenarnya...
Dia ni pulak.. on d way ke istana untuk cari makwe dia..
Sebab mabuk, dia pengsan kat tepi pagar istana..

Oleh kerana dia iras sangat dengan putera raja..
Depa angkat dia bawak masuk istana sbb igtkan dia putera raja..

Tapi, bodyguard putera raja dpt tau yg dia ni bukan putera raja..
Namun, sebab terdesak.. takut Raja marah anak dia hilang..
Maka.. dia suh hamba busuk ni gantikan tempat putera raja..


Bila hamba dapat jadi putera raja..
Banyak laa insiden lawak yang jadi..

Selalunya filem genre historical ni ala2 semua seriuskan..
Yang kali ni version comedy pulak..


Ni heroin...
Tapi dia bukan dengan putera raja..
Dia dengan hero yang hamba tu..
Heroin ni kena tangkap sebab keluarga dia disuspek pemberontak..
Masa dalam istana..
Dia jumpa laa balik dengan hero hamba tu..

 
Yang putera raja sebenar ni pulak..
Oleh kerana misi menyelamatkan dia gagal..
Dia terpaksa laa menjalani kehidupan hamba..
Masa ni laa dia tau susahnya hidup rakyat-rakyat dia..
Sebelum dia kembali ke istana untuk mewarisi takhta..
Dapat laa dia menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa..


Ji Hoon main 2 watak dalam filem ni..
So, puas laa nak menatap muka dia..

Akhir kata..

Sapa nak.. sila la :)
.
.
.



Related Posts:

  • Witch Yoo HeeCiter ni lama laa jugak..Tapi skang ni dok main kat 715 Astro Animax..Genre - Romantic Comedy :)Citer ni pasal heroin Ma Yoo Hee yang mewarisi syarikat pengiklanan dari bapanya..Terkenal dengan sifat kejam, tidak berhati peru… Baca Selengkapnya
  • Playful Kiss @ Mischievous KissDrama yang sangat-sangat dinantikan..Oleh pompuan2 dahagakan lelaki jambu-mambu like ME :))Kim Hyun Joong hokay heronya..Heroinnya juga sangat chomel..Diadaptasi daripada Mangga Itazura Na Kiss...Hero merupakan pelajar genius… Baca Selengkapnya
  • My Girlfriend is GumihoCiter ni hari tu tayang kat SBS..La ni kat M'sia dok ada kat cenel 393 Astro B.yond..Drama ni skripnya dihasilkan oleh Hong Sisters..Selalunya skrip yang depa ni hasilkan memang meletup BABABOOM :)Antara citer yg depa hasilka… Baca Selengkapnya
  • Perfect CoupleBoleh laa ek.. hari Jumaat layan review filem lagi..Drama pun banyak tengah queue nak masuk LWC :)Sabor ye peminat-peminat sumer...Lee Dong Wook.. igt tak hero citer My Girl..Mesti dah rindu sama dia..Sebab dia 2 tahun akan d… Baca Selengkapnya
  • 100 Days With Mr ArrogantNi movie lama..Tapi sangat syiok ditengok berulang-ulang kali :)Heroin merupakan budak nakal kat sekolah..Satu hari ntah camne.. dia tercalarkan kereta Lexus hero..Hero mintak gantirugi 3000 won..Pasal dia takde duit, heroin … Baca Selengkapnya

Previous
Next Post »
Blogger Academia Blog ini terdaftar sebagai Alumni Blogger Academia tahun 2015 dengan Nomor Induk Blogger NIB: 015182166, dan dinyatakan Lulus sebagai salahsatu dari 100 Web/Blog Terbaik Blogger Academia tahun 2015.

Mohon laporkan jika terjadi penyalahgunaan Blog dan atau terdapat pelanggaran terhadap konten/artikel yang terindikasi memuat unsur Pornografi, Perjudian dan Hal-hal berbau Sara.

Hormat kami,

Andi Akbar Muzfa, SH
Ketua Blogger Academia
Pimpinan Advokat dan Konsultan Hukum ABR & Partners