Kesimpulan Replace Of Computer Parts

Translate this Article...

Setelah mempelajari modul ini, dapat saya rumuskan bahawa proses pemasangan dan penggantian memainkan peranan penting dalam proses penyelenggaraan komputer. Selain disebabkan faktor kerosakan, diserang virus, atau pelbagai lagi, proses dan gerak kerja ini dilakukan untuk menggantikan komponen-komponen yang telah lama dan lusuh.
Proses naik taraf komponen komputer adalah bertujuan meningkatkan kelancaran sistem komputer dan memenuhi spesifikasi perisian-perisian baru. Selain perkakasan komputer, perisian komputer juga tidak terkecuali untuk sentiasa diganti dan perlu dinaiktaraf kepada versi yang baru dari semasa ke semasa.
Disamping itu juga, proses naiktaraf ini sentiasa bertambah maju dan canggih, hari demi hari seiring dengan kepesatan dunia teknologi sehinggakan kita tidak terkejar oleh perubahan tersebut. Jika kita tidak peka, kemungkinan besar kita akan ketinggalan.
Dunia komputer adalah sangat meluas dan sentiasa berkembang. Jika dahulu kita menggunakan CD-ROM, sekarang kita menggunakan DVD. Begitu juga dengan penggunaan disket yang kini hanya tinggal sejarah. Walaupun begitu, ia masih relevan untuk digunakan walaupun penggunaannya telah digantikan dengan pendrive dimana kapasitinya jauh lebih besar. Sama seperti komponen komputer yang lainnya.
Kebaikkannya, sistem komputer semakin pantas, lancar, dan penggunaannya lebih mudah berbanding sebelumnya. Pemasangan komponen menjadi semakin mudah, ringkas, dan sebagainya. Penambahbaikan berlaku dari semasa kesemasa. Keburukannya pula, mungkin terdapat perkakasan dan perisian yang sedikit kompleks untuk diinstallasi dan digunakan. Kesimpulannya, bidang komputer semakin berkembang dan mencabar.




Previous
Next Post »
Blogger Academia Blog ini terdaftar sebagai Alumni Blogger Academia tahun 2015 dengan Nomor Induk Blogger NIB: 015182166, dan dinyatakan Lulus sebagai salahsatu dari 100 Web/Blog Terbaik Blogger Academia tahun 2015.

Mohon laporkan jika terjadi penyalahgunaan Blog dan atau terdapat pelanggaran terhadap konten/artikel yang terindikasi memuat unsur Pornografi, Perjudian dan Hal-hal berbau Sara.

Hormat kami,

Andi Akbar Muzfa, SH
Ketua Blogger Academia
Pimpinan Advokat dan Konsultan Hukum ABR & Partners