Translate this Article...
Dalam modul ini, kita akan mempelajari tentang �Computer Software Installation� iaitu installasi perisian komputer. Seperti kita sedia maklum, software (perisian) terbahagi kepada dua iaitu Operating Software, OS (sistem operasi) dan juga Application Software (perisian aplikasi). Contoh perisian sistem operasi adalah MS DOS, Windows NT, Windows 95, Windows 98, Windows XP, dan lain-lain lagi. Perisian sistem operasi berfungsi untuk menjalankan sistem komputer kita. Tanpa perisian sistem operasi, maka sistem komputer kita tidak akan beroperasi dan berfungsi, apatah lagi untuk menggunakan perisian didalamnya untuk melakukan sebarang kerja dan tugas.
Perkara utama yang kita akan pelajari adalah langkah-langkah Install dan Repair Windows XP, Format Hard Disk, dan juga Microsoft Office 2007 Installation. Installasi dan repair window bertujuan untuk menaik taraf atau menyusun atau membaiki semula fail-fail yang rosak, hilang, atau diserang virus. Biasanya , repair windows dilakukakan sekiranya komputer kita �hang�, lembab, dan sebagainya. Selain itu juga, proses installasi ini dijalankan bagi komputer baru dan sebab lainnya adalah sistem operasi komputer itu sendiri mengalami masalah.
Disamping itu, kita akan mempelajari bagaimana untuk format komputer kita. Format bermaksud membuang atau membersihkan fail-fail samada rosak atau dijangkiti virus dalam hard disk. Setelah diformat, maka ruangan hard disk akan kosong semula. Setelah itu, ia dapat digunakan semula dan memastikan operasinya berjalan lancar. Pastikan ketika hendak format komputer, terlebih dahulu kita back up atau membuat salinan fail-fail penting.
Akhir sekali, kita akan mempelajari bagaimana langkah-langkah untuk install Microsoft Office 2007 untuk kita menjalankan tugas dan kerja. Setelah itu bolehlah pula kita menginstall perisian-perisian aplikasi dan utiliti lain, mengikut kesesuaiannya peranan dan penggunaannya.