Rumusan Asset Management

Translate this Article...


Dalam modul Asset Management atau pengurusan aset ini, dapat saya memahami dan merumuskan bagaimana sesuatu aset itu diuruskan, termasuklah bagaimana proses pembelian itu dijalankan. Ini adalah penting bagi sesebuah syarikat mahupun organisasi untuk melakukan pembelian dan jualan. Secara tidak langsung, dapat melatih kecekapan pelatih untuk menguruskan urusan pembelian peralatan dan urusan pembelian yang melibatkan kos yang sangat tinggi.
Aset itu sendiri membawa maksud pemilikan sesuatu yang berharga, yang diperolehi bagi tujuan memegang atau menggunakannya dalam sesuatu tempoh atau sepanjang masa dalam menguruskan sesuatu institusi.  Ini menunjukkan aset merupakan sesuatu yang sangat bernilai dan penting bagi semua pihak. Untuk menguruskan sebarang urusan berkaitan dengan pengurusan aset perlu mempunyai integriti yang tinggi, cekap, amanah, jujur dan bertanggungjawab. Ini bagi mengelakkan sebarang penyelewengan yang boleh mencemarkan nama baik sesuatu syarikat mahupun organisasi.
Bertepatan dengan saranan kerajaan untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju yang pesat membangun perlu dititikberatkan aspek integriti supaya pertumbuhan ekonomi membangun dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang bersama konsep 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan.
Pada pendapat saya, penguasaan yang baik seseorang pelatih didalam bidang pengurusan aset ini merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat, bukan sahaja pada masa sekarang, tetapi sangat berguna apabila menempuh bidang pekerjaan nanti. Prospek kerja bukan hanya tertumpu kepada pengkhususan kerja sahaja, tetapi melibatkan aspek-aspek lain juga, termasuklah pengurusan.
Seperti kata pensyarah kita, kita sangat beruntung mempelajari modul ini sepanjang pengajian kita pada tahap 3 ini kerana banyak yang telah kita pelajari dan didedahkan berkaitan pengurusan ini, berbanding jurusan-jurusan lain. Latihan demi latihan akan lebih memantapkan pengetahuan dan kemahiran kita untuk jangka masa yang panjang.




Related Posts:

  • Pengenalan dan Definisi Asset Management Dalam modul pertama iaitu Asset  Management, kita telah mempelajari bagaimana kaedah gerak kerja  atau cara bagi proses pembelian diantara  pihak pembeli (purchaser) dan pihak pembekal (supplier). Gerak ke… Baca Selengkapnya
  • Rumusan Asset Management Dalam modul Asset Management atau pengurusan aset ini, dapat saya memahami dan merumuskan bagaimana sesuatu aset itu diuruskan, termasuklah bagaimana proses pembelian itu dijalankan. Ini adalah penting bagi sesebuah syar… Baca Selengkapnya

Previous
Next Post »
Blogger Academia Blog ini terdaftar sebagai Alumni Blogger Academia tahun 2015 dengan Nomor Induk Blogger NIB: 015182166, dan dinyatakan Lulus sebagai salahsatu dari 100 Web/Blog Terbaik Blogger Academia tahun 2015.

Mohon laporkan jika terjadi penyalahgunaan Blog dan atau terdapat pelanggaran terhadap konten/artikel yang terindikasi memuat unsur Pornografi, Perjudian dan Hal-hal berbau Sara.

Hormat kami,

Andi Akbar Muzfa, SH
Ketua Blogger Academia
Pimpinan Advokat dan Konsultan Hukum ABR & Partners